en jamluddin,kamisiah dan jiran
11/11/09..jam 12.30 t.hari.
Sebuah kg setinggan (kg teratai tambahan).dekat pekan kamunting tetapi dalam dun Kuala Sepetang diceroboh pemaju pada hari isnin 09/11/09 sekitar 12 t/hari dengan kawalan polis dan pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan.
setelah mendapat maklumat pagi tadi kami dari pusat khidmat Ahli Parlimen bersama Petugas Adun Sepetang MR Law melawat kampung tersebut.
En Jamaluddin , keluarga dan jiran melahirkan kekecewaan pada kami ,kerana mengikut perjanjian K`jaan Pakatan Rakyat dalam pertemuan tahun2008 di dewan MPT kamunting,Semua setinggan yang menetap dikampung itu seramai 74 org akan diberikan sebidang tanah (kampung tersusun) dalam jangka masa 2 tahun dan kami akan berpindah selepas serahan tanah itu dibuat(mengikut rekod kami ada 84 buah rumah).
apa yang mushykil pemaju (Antaraya sdn bhd) dengan bantuan pihak berkuasa cuba untuk memusnahkan tanaman kami dan rumah kami semasa kami semua keluar bekerja,hanya wanita dan kanak-kanak saja yang ada sewaktu mereka datang dan menyuruh mereka jangan ceritakan kepada sesiapa,cuma nak ratakan tanah untuk buat jalan .
nasib baik ada wanita-wanita yang berani bertindak dengan menghalang mereka,kalau tidak habis semua rumah berhadapan taman perumahan,itu pun tandas rumah saya dia orang ranapkan tambah en jamaludin.
Puan kamisiah: seorang pekerja kilang,amat tidak puashati dengan tindakan pihak pemaju dengan bantuan pihak berkuasa cuba untuk merobohkan rumah-rumah kami,kami tetap dengan janji yang dibuat ,tapak tanah dikampung tersusun diserahkan kami akan berpindah,selepas itu pemaju nak buat apa pun boleh,tambah lagi baru seminggu kami dapat bekalan air,apa semua ini.... bekalan air diluluskan baru seminggu tapi sekarang dah nak roboh rumah kami..kerjaan apa cakap rakyat didahulukan atau rakyat dihulukan .tambah beliau dengan nada geram dan hampir menangis..
jammaluddin..hilang tandas diroboh backhole
habis pokok dan tanaman menyembah bumi...angkara pemaju






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kasih di atas komen anda.