Peneroka Felda dari Jengka, Pahang itu meminta setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh itu menghubunginya bila-bila masa untuk menyelesaikan dengan wanita itu yang didakwa isteri keduanya.
"Buat penyelesaian, jalan terbaik adalah dengan berbincang dengan kedua-dua pihak. Kalau tindakan mahkamah, ia memakan masa, makan modal.
"Kita boleh berbincang cara keluarga," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
"Saya minta dia menghubungi saya melalui telefon atau perjumpaan empat mata, sama ada mengaku Rafizah sebagai isteri atau melepaskannya."
![]() |
Bapa wanita itu hujung minggu lalu menuntut Rohaizat membuat pengakuan terbuka agar mengaku Rafizah isterinya itu yang dikahwini pada 2005.
Mohamad Ali yang mendakwa mewalikan perkahwinan Rafizah-Rohaizat di pejabat kadi daerah Pekan dan didaftarkan di situ pada tahun tersebut.
Dihubungi hari ini, Mohamad Ali berkata setakat ini beliau belum dihubungi oleh Rohaizat untuk menyelesaikan masalah ini.
Mohamad Ali juga berkata, beliau menerima panggilan daripada Rafizah – dipercayai berada di Lembah Kelang – yang meminta agar tidak diganggu.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Rohaizat enggan mengulas permintaan Mohamad Ali.







Erotomania: also known as De Clerambaults' syndrome is usually described as a rare delusional syndrome that characteristically involves a woman who believes that a man, typically of a higher social, economic or political status, is in love with her.
BalasPadamhahaha...that rafizah is one crazy woman....apa orang Melayu cakap…'GILA BAYANG'…godaan dah ditolak mentah-mentah pastu nak mereka-reka cerita yang kononnya Rohaizat dah ajak dia kawin sebab terlalu tergila-gilakan Rohaizat…siap ajak mak bapak dia bersubahat sekali…aparrrah korang semua ni pegi pecaya pulak! Itu fitnah semata-mata!
Penegak Kebenaran – Pulau Pinang