Sebuah komuniti yang menggelar diri mereka ‘Komuniti Kental’ ataupun ringkasnya disebut ‘KoKen’ atau dengan nama lainnya ‘Rumah Anak Teater’ atau ringkasnya dipanggil ‘RAT’, telah pun mementaskan dua buah teater dalam sebuah projek yang diberi nama ‘Teater Kompilasi Volume 2’, pada 11 Ogos – 16 Ogos 2009 yang lepas, di Stor Teater DBP.
Dua buah teater itu berjudul ‘Legasi’, karya dan arahan MoizzisR. Cong (juga penulis cereka ‘Gadoh’ dan ‘Muzikal Tun Abdul Razak’), dan sebuah lagi ialah ‘Naturalisasi’ tulisan Nam Ron dan diolah oleh Fared Ayam (seorang bohemian Melayu terakhir).
Untuk mengetahui apakah ceritanya, sila ke http:///
Usaha anak-anak muda graduan ASWARA ini sangatlah dipuji kerana mereka bergerak dengan sendiri, cuma dipantau dan dipimpin serta dididik oleh beberapa warga tua yang ‘spoting’ seperti Nam Ron dan Faizal Mustaffa. Nah, untuk pengetahuan kalian, pada awal tahun ini, RAT telah berjaya mementaskan ‘Teater Kompilasi Volume 1’.
Satu lagi kejayaan mereka, dengan mengkompilasikan skrip teater-teater volume 1 & 2, maka terlahirlah sebuah buku yang diberi nama ‘Projek KoKen’.
Apa yang lebih memeranjatkan lagi, sewaktu promosi Teater Kompilasi ini, anak-anak muda ini telah sama gagah berarak memedihkan mata di Jalan Raja Laut, seiring dengan pemprotes dari ‘GMI’ pada 1 Ogos 2009 lalu. Wah, ini satu sejarah tersendiri yang dicipta oleh mereka dan benar sekali terbukti bahawa mereka ini memang sebuah komuniti kental! Cayalah.
Dan lebih terharu lagi, salah seorang dari komuniti ini ialah seorang bintang filem yang baru-baru ini memenangi anugerah pelakon harapan FFM – Zahiril Adzim. Memang layaklah dia mewakili Malaysia ke Cannes bersama-sama kakitangan Finas (eh, errrr….). Semangat bintang seperti Zahiril Adzim ini mestilah dicontohi oleh Farid Kamil. Dia tidak sedikit pun mengsia-siakan diploma yang tak berapa nak laku tu.
Semangat mereka ini telah menyerap masuk ke ruh saya, maka meronta-rontalah jasad saya untuk menonton projek yang bagi saya sangat istimewa ni. Ops, sebelum Fared Ayam bersuara, baik saya ceritakan yang sebenarnya saya sebelum ini ditawarkan oleh Fared Ayam untuk berlakon dalam ‘Legasi’. Tapi, pada minit-minit akhir, saya tidak dapat menyertai kerana saya belum cukup kental. Dira Abu Zahar tidak dapat menandingi Marsha Milan Londoh, Fared. (hahahaha – gurau).
Legasi
Jujurnya, ia sebuah tragedi cinta yang ringkas dan manis, atau sebenarnya sebuah penghormatan kepada Kesatuan Melayu Muda yang semaraknya pada sekitar awal 40an. Ketidakpercayaan dan keraguan bukan saja meruntuhkan hubungan suami isteri, malah meranapkan sama sekali sebuah perjuangan. Keraguan inilah sebenarnya pengorbanan dalam perjuangan seperti yang diulang-ulang dalam naskah ‘Legasi’ ini.
Dan fitrah alam, keraguan yang mendorong Cikgu Bahar menceraikan Cikgu Zaharah – keputusan yang dibuat 1 saat itu – akhirnya membawa kepada penyesalan yang meredat berpuluh-puluh tahun lamanya. Nah, di sini kita boleh lihat bagaimana penyesalan Lee Kuan Yew, penyesalan Chin Peng, dan penyesalan Mahathir Mohamed.
Sekali lagi MoizzisR. Cong mencipta keraguannya apabila Cikgu Bahar sudah berumur 70an pada tahun awal 80an, Suhaila, seorang penuntut dari UM dan merupakan cucu kepada sahabat karibnya, Cikgu Effendi, yang membuat kajian tokoh dan perjuangan. Suhaila berterus-terang membuat kajian ini bukan disebabkan minatnya pada perjuangan tetapi sekadar mengejar markah. Maka, legasi yang akan mempertahankan negara ini adalah legasi keraguan dan mungkin kerana itulah pemimpin hari ini dungu.
Naturalisasi
Ketidakselesaan. Percintaan homoseksual Razman, seorang peguam dengan Rahmat seorang penulis bebas digambarkan sebagai tidak selesa oleh Fared Ayam – sejak kemunculan kekasih Razman – Nurul.
Fared Ayam bukan saja menyusun atur ruang lakonan yang bercanggah dengan keselesaan psikologi penonton, malah Fared Ayam memilih perwatakan Nurul yang begitu menyakitkan hati dan sangat terganggu lakonannya! Ini terus mengingatkan saya pada U-wei Hj Shaari yang memilih Betty Banafe dalam filim ‘Buai Laju-laju’ di mana watak yang dimainkan oleh Betty ialah seorang perempuan kampung yang bercita-cita hendak menjadi pelakon tetapi hakikatnya Betty di dalam filim itu langsung tidak boleh berlakon.
Di samping itu, bukan saja Nurul yang menjadi ketidakselesaan itu, tetapi satu lagi watak yang tidak dinyatakan ke pentas – Iskandar – VIP yang terlibat dalam skandal liwat. Impak watak Iskandar ini bukan saja sebahagian dari sejarah seksual Razman dan Rahmat, malah Iskandar berjaya menyebarkan doktrin HIV kepada Razman dan Rahmat sehingga mereka buntu, tidak boleh ke mana-mana – terikat. Adakah ini perlambangan bahawa inteletual kita hari ini sudah dimasukkan sejenis doktrin sehingga apa saja yang diulaskan oleh para intelektual kita langsung sedikit pun tidak boleh dipakai?
Walaupun saya agak sedikit rimas dengan penggunaan perkataan pinjam ‘si’ (kompilasi, legasi, naturalisasi) yang digunakan oleh komuniti ini, tetapi saya bangga bahawa komuniti ini sedikit pun tidak masturbasi. Mereka benar-benar anak jantan yang menutuh dan meliwat serta menggocoh mulut-mulut politikus, intelek dan profesional negara Malaysia! Dan Zaifri Hussin dari Kementerian Kebudayaan yang kununnya berkuasa penuh atas teater di Malaysia ini, boleh blah la lu!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kasih di atas komen anda.