Di Markas Induk PRK N11 semalam berlangsung ceramah kemenangan Pakatan Rakyat dan pada waktu ini. Mat Sabu sedang menyampaikan ucapannya.Ribuan penyokong Pakatan Rakyat hadir menyatakan sokongan dan bersama-sama meraikan kejayaan yang penuh bermakna ini. Hari ini kita menikmati juadah berbuka puasa yang paling lazat iaitu kemenangan dalam PRK N11.Alhamdulillah.Hari ini juga Dato' Mahfuz Omar menerima hadiah hari lahir yag paling bermakna iaitu kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK N11. Dato' Mahfuz Omar hari ini genap berumur 52 tahun. Selamat panjang umur.Antara pimpinan yang hadir ialah Dato' Zahir Salleh, YB Mahfuz Omar, TKM1 Pulau Pinang, Dato' Mansor, Mat Sabu, KM Pulau Pinang Lim Guan Eng, YB Ronnie Liu dan lain-lain pimpinan Pakatan Rakyat.










Tiada ulasan:
Catat Ulasan
terima kasih di atas komen anda.